Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendaftar PADI OPEN WATER COURSE

Masing-masing ada sebab tersendiri untuk mendaftar diri dalam mendapatkan lesen asas untuk selam skuba (sebut padi Open Water Course). Di antaranya:

  1. Ingin mencari aktiviti luaran baru
  2. Aktiviti yang boleh dilakukan semasa bercuti
  3. Menikmati keindahan dasar laut
  4. Ikut kawan

Apa yang membahayakan ialah apabila anda mengambil keputusan disebabkan sebab ke-4. Ini akan menimbulkan banyak masalah di kalangan banyak pihak termasuk anda sendiri. Jika kemahuan yang datang dengan sendiri, usaha itu akan datang dengan sendirinya. Bagaimana sukar pun sesuatu ujian yang diberikan, usaha dan minat tersebut akan memudahkan cara. Banyak masalah yang timbul apabila seseorang dari golongan ke-4 ini gagal menepati piawai yang diberikan. Pusat selaman (sebut: dive centre), jurulatih dan kawan-kawannya akan dipersalahkan.

Antara kesalahan yang diberikan kepada dive centre:

  1. Tiada saiz / warna sesuai untuk peralatan skuba eg Mask terlalu ketat / longgar, baju terlalu ketat / longgar / koyak.
  2. Yuran terlalu mahal.

Antara kesalahan yang diberikan kepada jurulatih:

  1. Terlalu garang
  2. Tidak faham
  3. Tidak pandai menggunakan aplikasi pintar
  4. Tidak menjaga pelajar-pelajarnya dengan baik.
  5. Terlalu banyak yang perlu dilakukan.

Antara kesalahan lain:

  1. Air terlalu sejuk
  2. Air terlalu masin

Sungguhpun ada kebenaran dalam alasan-alasan tersebut tetapi ianya cliche. Sekiranya sesuatu itu benar-benar hendak dilakukan maka persiapan dari segi kewangan, fizikal dan mental harus ada terlebih dahulu.

Namun ada beberapa faktor yang perlu diingatkan sebelum seseorang itu mendaftar diri untuk mendapatkan lesen selam skuba ini.

FREE TRIAL OPEN WATER COURSE

Apa yang dirangkumi dalam kursus PADI OPEN WATER

A. Pastikan jurulatih anda bertauliah

Terdapat kes di mana anda telah mendaftar diri dengan seseorang yang tidak bertauliah. Mereka ini bukannya jurulatih (sebut, instructor) tetapi hanya Divemaster yang memerhati beberapa jurulatih menjalankan latihan. Mungkin pengalaman tersebut dapat dicurahkan kepada anda dengan baik tetapi dari segi pentauliahan sijil itu nanti akan menimbulkan pelbagai masalah. Divemaster tidak boleh mentauliahkan lesen kepada seseorang pelajar. Cara yang selalu digunakan ialah dengan mencari kawan Instructor untuk memberi pentauliahan tersebut. Tetapi sekiranya gagal mendapatkan sesiapa, maka ini akan memperlambatkan proses pentauliahan anda. Perlu dimaklumkan di sini bahawa seseorang instructor yang membuat pentauliahan tanpa pengawasan sendiri adalah salah dari segi piawaian.

Seorang instructor itu juga harus dipastikan bahawa mereka ini mempunyai status aktif untuk mengajar. Antara sebab seseorang itu digantung keaktifan mereka adalah kerana mempunyai kes yang sedang dalam proses siasatan atau mungkin tidak memperbaharui yuran tahunan PADI.

B. Pastikan apa yang anda Tandatangan

Terdapat beberapa set borang yang perlu anda diminta untuk penuhkan. Antaranya:

  1. Liability Releases
  2. Standard & Safe Dive Practise
  3. Boat Travel Liability Release
  4. Medical Statement
  5. Student Record File

Sila ambil masa untuk baca satu-persatu supaya anda benar-benar faham hak dan tanggungjawab setiap pihak sepanjang kursus anda nanti. Sekiranya tidak faham, tanyakan kepada dive centre makna setiap yang anda rasa khuatir itu. Anda tidak mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan mana-mana perenggan di dalam borang yang disediakan.

C. Bahan Bacaan

Apabila anda telah diterima, anda akan diberikan manual samada dalam bentuk buku atau pun digital. Perlu diingatkan di sini bahawa bahan-bahan tersebut adalah hak anda dan penting untuk dijadikan bahan rujukan apabila diperlukan kelak. Sekiranya anda tidak memerlukan bahan itu selepas tamat kursus, maka anda boleh membuat amal dengan meninggalkan dengan dive centre tersebut. Perlu diingatkan di sini bahawa dive centre tidak boleh mengambil manual anda. Manual yang diberikan harus digunakan sepanjang kursus dijalankan, bukannya di hujung pengakhiran kursus atau memberikan anda salinan fotokopi soalan latihan.

C. Pandai Berenang

Ramai yang bertanyakan sekiranya skil berenang diperlukan untuk mendapatkan lesen. Jawapannya WAJIB. Anda tidak perlu pandai seperti seorang peserta Iron Man atau pemain polo air. Anda hanya perlu diuji untuk berenang 200 meter tanpa henti. Sekiranya anda tidak mampu berbuat demikian, anda juga boleh pilih untuk snorkeling (dengan mask dan fins) 300 meter. Ia adalah penting kerana melihat tahap keyakinan anda di permukaan air (water confident). Ia juga penting untuk keselamatan diri anda kelak apabila bergelar open water diver nanti. Kebanyakan peserta yang mendaftar diri untuk kursus skuba tidak memberitahu bahawa dia tidak tahu berenang dan instructor pula ambil perkara ini sambil lewa atas alasan peserta sudah sampai ke pulau untuk memulakan kursus, tidak cukup masa untuk membuat ujian renang.

D. Skin Diving

Perbezaan di antara skin diving dan snorkeling adalah penggunaan peralatan yang mana skin diving perlu menahan nafas ketika membuat selaman di permukaan air. Justeru skin diving tidak memerlukan alat snorkel. Kedalaman tidak dinyatakan secara bertulis tetapi seseorang itu digalakkan untuk menhan nafas sewaktu menjalankan selaman sejauh 15 meter.

Bahagian ini sering dielakkan oleh instructor semasa menjalankan kursus Open Water ini.

E. Cara Menggunakan Kompas

Bagi peringkat permulaan ini kursus ini mengajar kita cara asas menggunakan kompas di dasar laut. Ia mempersiapkan diri anda dalam keadaan keliru untuk melihat arah semasa di dasar laut.

Ramai instructor tidak menjalankan skil ini atas alasan tidak mempunyai kompas dan skil ini akan dipelajari semula apabila membuat Advanced Open Water Course. Selain daripada itu, instructor berpendapat bahawa skil ini tidak penting kerana setiap kali certified diver membuat fun dives mereka, mereka akan ditemani dengan guide yang bertauliah (sebut, Divemaster).

F. Weight Drop

Skil ini tidak mudah untuk diuruskan kerana setiap kali alat pemberat dijatuhkan, seseorang perlu mengambil kembali. Untuk mengelakkan daripada turun-naik air disebabkan pemberat yang dijatuhkan semasa latihan, instructor perlu menyediakan tali yang sewajarnya untuk diikat ke pelampung. Banyak pengusaha kolam renang juga tidak membenarkan alat pemberat ini dijatuhkan sewenang-wenangnya ke dasar kolam kerana akan mengakibatkan keretakan kepada jubin kolam.

G. Hovering

Skil apungan (sebut, hovering) tidak harus dibawa enteng kerana inilah inti dalam selam skuba ini. Seseorang yang tidak mahir dalam hovering akan tidak rasa selesa di dalam air kerana sering ke permukaan dan tidak pun sering tenggelam ke dasar. Akibat daripada itu, sering ke permukaan akan melibatkan decompression kepada diver itu kerana imbangan nitrogen di dalam badan, juga boleh mengakibatkan kemalangan kerana bot yang lalu-lalang di permukaan air. Terlalu ke dasar juga akan mengakibatkan diver itu menjahanamkan batu karang mahu pun soft coral yang berada di dasar.

Justeru, dalam kursus ini seseorang peserta itu perlu membuat apungan selama 60 saat dengan selesa sesuai dengan piawai yang ditetapkan.

H. Controlled Emergency Swimming Ascent

Skil ini dipelajari sekiranya kita berada dalam situasi kehabisan gas pernafasan di kedalam 6-9 meter dan teman selaman (sebut, buddy) berada dalam jarak 12 meter. Kita harus secara mandirinya ke permukaan air dengan selamat.

Skil ini agak kompleks dan ianya harus dibuat kadang-kadang berulangkali dengan peserta. bayangkan sekiranya terdapat empat peserta dan instructor tersebut perlu naik dan turun sedalam 6-9 meter sekurang-kurangnya empat kali. bagaimana pula jika setiap peserta tidak dapat menepati piawai dan terpaksa dibuat lebih daripada sekali? Pengiraan matematik mudah. Anda darab empat. Oleh kerana setiap instructor tidak dibenarkan untuk biarkan mana-mana peserta bersendirian, dan sekiranya instructor tersebut tidak mempunyai pembantu, maka agak sukar untuk instructor tersebut mengawasi peserta yang sudah selesai menjalani skil tersebut (berada di permukaan air) dan pada masa yang sama perlu mengendalikan peserta lain (yang masih berada di kedalaman enam meter.

Pada penghujungnya, instructor itu akan hanya membuat ala kadar sekadar buat.

I. Recreational Dive Planner

Hakikatnya pemahaman mengenai Recreational Dive Planner ( sebut, RDP) adalah penting dalam merancang dive kita bagi mengelak daripada sebarang kemalangan yang tidak disedari. Alasan untuk membuat latihan ini hanya untuk lulus dalam mendapatkan lesen adalah suatu yang amat menyedihkan. Bagi ramai, meeka berpendapat sekiranya lulus dan sertai dalam mana-mana aktiviti selaman, maka adalah guide yang akan merancang bagi pihak diver sekelian. Dan juga, dive computer yang kita ada boleh merancang bagi pihak diver semua. Persoalannya, semasa dalam latihan, adakah mereka ini disediakan dengan dive computer setiap seorang? Adakah anda boleh mempercayai guide yang pada satu-satu masa itu perlu mengawal lebih daripada empat diver sekali? Adakah kita boleh mempercayai setiap perancangan yang dibuat oleh guide itu selamat untuk kita secara personal? Bagaimana pula kita ada perancangan kita sendiri?

Bagi seseorang diver yang sudah bertauliah, dia hendaklah memahami konsep decompression baginya supaya setiap kali selesai dive, dia tidak mahu berkeadaan ketih (simptom mudah akibat lebih nitrogen di dalam badan).

J. Remove / Replace BCD at the Surface

Skil ini juga selalu dielakkan oleh ramai instructor kerana ia perlu latihan yang cukup untuk mahir dalam skil ini dan tidak mempunyai masa untuk itu. Ia sebenarnya penting sekiranya pada satu-satu masa, sekiranya kita tidak berupaya untuk memanjat tangga bot atau pun terjun ke dalam air dengan penuh kelengkapan di badan, maka skil ini memudahkan kita. Ia juga penting sekiranya ada sebarang kecemasan di atas permukaan air, diver akan mudah untuk mengawal dirinya sekiranya BCD itu perlu ditanggalkan.

K. Delayed Surface Marker Buoy

Di mana anda boleh dapatkannya

Skil cara untuk membuka pelampung DSMB ini baru diperkenalkan beberapa tahun yang lalu disebabkan beberapa faktor insiden yang berlaku di kalangan divers. Disebabkan hilang dalam kumpulan di dasar laut, mereka diajar untuk tidak meneruskan selaman dan keluar ke permukaan air secara mandiri. Akibat tidak mempunyai DSMB (atau tidak tahu menggunakannya), maka kecelakaan berlaku kerana keluar ke permukaan air dalam waktu kecemasan. Tanpa disedari, mereka ini dilanggar oleh bot yang lalu-lalang.

Skil ini sering tidak diajar oleh instructors atas alasan ia menjadi tanggungjawab guide yang mengepalai kumpulan selaman dan mungkin juga tali yang berjurai menyukarkan ia dijalankan.

Mulakan dengan Discovery Scuba Diving

Sekiranya rencana ini menjadikan anda rasa gusar dan tidak yakin, maka anda boleh mulakan dengan mencuba terlebih dahulu. Ia bukanlah suatu pentauliahan dengan lesen. Ia hanya mendedahkan anda dengan perkara asas mengenai selaman. Ia hanya program beberapa jam sahaja. Penerangan mengenai cara penggunaan peralatan, keselamatan dan pengalaman pertama anda bernafas di dalam air akan diberikan. Cuma apa yang perlu diingatkan di sini bahawa program ini hanya boleh dilakukan oleh instructor / DSD Leader bertauliah sahaja, bukannya Divemaster.

Cara mendaftar

Klik ke gambar di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *